𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐈𝐆𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

    𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐈𝐆𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

    Seramai 151 pelajar baharu telah berjaya menamatkan Minggu Paradigma Sesi Julai 2026 yang berlangsung pada 27 hingga 31 Julai 2026. Program ini menjadi platform penting untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di institut, memahami budaya pembelajaran serta peraturan yang perlu dipatuhi sebagai persediaan memulakan latihan dalam bidang TVET.
    Minggu Paradigma kali ini turut mencipta satu pencapaian penting apabila IKBN Kuala Perlis dipilih sebagai institusi TVET bagi melaksanakan projek rintis integrasi Modul PLKN 3.0 Fasa 3 ke dalam program Minggu Paradigma. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh pembentukan jati diri serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan belia melalui platform TVET.
    Program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada:
    * Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perlis
    * Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
    * Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis
    * Jabatan Penjara Malaysia Negeri Perlis
    * Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis
    Semoga program ini menjadi landasan terbaik dalam melahirkan modal insan TVET yang berkemahiran tinggi, berdisiplin dan berakhlak mulia. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu!
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Professional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.