- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 46
TVET KE DUNIA SEBENAR: PENGALAMAN PELAJAR DI TAPAK PEMBINAAN
TVET KE DUNIA SEBENAR: PENGALAMAN PELAJAR DI TAPAK PEMBINAAN
Bahagian Lukisan Senibina, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan lawatan ilmiah ke tapak pembinaan Syarikat Fasbina Construction Sdn. Bhd. yang melibatkan 12 orang pelajar Semester 2 bersama 4 orang tenaga pengajar. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri bagaimana ilmu yang dipelajari di dalam kelas diaplikasikan dalam situasi sebenar industri pembinaan.
Sepanjang lawatan, pelajar didedahkan kepada pelan lantai, pandangan, keratan dan lukisan 2D, serta melihat bagaimana maklumat tersebut diterjemahkan kepada bentuk 3D dan seterusnya menjadi binaan sebenar di tapak.
Pengalaman sebegini bukan sahaja memperkukuh kefahaman teknikal, malah membantu pelajar memahami aliran kerja, keperluan industri dan cabaran sebenar dalam bidang pembinaan.
Inilah nilai TVET — pembelajaran bukan sekadar di dalam kelas, tetapi turut diperkuat melalui pengalaman sebenar bersama industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
