- Mohamad Firdaus bin Mislam
- IKBN Miri
- Hits: 198
AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA (DIY) IKBN MIRI OLEH PIHAK KBS
Miri, 30 Januari 2026 - IKBN Miri telah diaudit oleh pihak KBS pada 28-30 Januari 2026 bagi tujuan pensijilan semula EKSA (DIY). Seramai 3 orang pegawai daripada KBS diketuai oleh Puan Munira binti Mokhtar selaku Ketua Audit, Puan Suhana binti Hashim dan Encik Muhamad Fahmi Ikwan bin Zahari Man masing-masing selaku Juru Audit telah mengaudit IKBN Miri.
Hasil daripada audit tersebut, IKBN Miri telah disyorkan untuk dipersijilkan semula dan akan membuat penambahbaikan hasil daripada pengauditan tersebut.
Pihak Jawatankuasa Pelaksana EKSA (DIY) IKBN Miri ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap pegawai dan warga IKBN Miri termasuk pihak kontraktor keselamatan, dewan makan dan kebersihan.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pasukan Audit kerana telah sudi datang dan membuat pengauditan di IKBN Miri.
“SUASANA KONDUSIF MELAHIRKAN PERKHIDMATAN CEMERLANG”
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
