- Mohamad Firdaus bin Mislam
- IKBN Miri
- Hits: 6
IKBN Miri Disyorkan Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Oleh SIRIM
MIRI, 10 September 2026 (Khamis) — Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri telah berjaya menyempurnakan Sesi Lawatan Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang berlangsung selama tiga (3) hari, bermula 8 hingga 10 September 2026.
Pengauditan komprehensif ini dikendalikan oleh Juruaudit SIRIM, Tuan Haji Mohamad Abdul Kadir bin Johari, meliputi skop Pengurusan Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal di Peringkat Sijil dan Diploma serta Perkhidmatan Sokongan Yang Berkaitan.
Hasil sesi pengauditan mendapati Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di IKBN Miri dipatuhi dengan cemerlang tanpa sebarang penemuan Ketakakuran (NCR). Pihak SIRIM mencatatkan hanya satu (1) dapatan Peluang Bagi Penambahbaikan (Opportunity for Improvement - OFI) dan secara rasminya mengesyorkan agar pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi IKBN Miri diperbaharui/ diteruskan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa ISO, barisan pengurusan, serta seluruh warga kerja IKBN Miri atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang audit berlangsung.
“Let’s Create Excellence”
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
