LAWATAN PENILAIAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERASASKAN KOD AMALAN AKREDITASI PROGRAM TVET (COPTPA)

    LAWATAN PENILAIAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERASASKAN KOD AMALAN AKREDITASI PROGRAM TVET (COPTPA)

    MIRI, 22 Januari 2026 (Rabu) - Pihak IKBN Miri telah menerima Lawatan bagi Penilaian Program Latihan Kemahiran Berasaskan Kod Amalan Akreditasi Program TVET (COPTPA) daripada panel yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Negeri Sarawak, Encik Wan Jiman Bin Wan Drahman dan Cik Shara Casey Anak Keping Kanring serta panel lain dari pelbagai agensi dan bidang kepakaran masing-masing.
    Lawatan yang berlangsung selama 2 hari tersebut adalah bertujuan untuk Penentusahan Pentauliahan Program khusus untuk Diploma Teknologi Automotif, Sijil Teknologi Vehicle Painting, Sijil Lanjutan Teknologi Penyelenggaraan Industri, Sijil Lanjutan Teknologi Penyajian dan Sijil Lanjutan Teknologi Penyediaan Makanan di Institut Kemahiran Belia Negara Miri. Pentauliahan ini melibatkan proses semakan dokumen dan lawatan fizikal ke bengkel bagi melihat fasiliti serta aset peralatan yang mencukupi bersesuaian dengan kapasiti permohonan.
    Tahniah kepada Bahagian Diploma Teknologi Automotif, Vehicle Painting, Penyelenggaraan Industri, Penyajian dan Penyediaan Makanan kerana layak ditauliahkan dan telah memperoleh markah cemerlang.
    Segala input dan cadangan penambahbaikan daripada pihak panel akan dijadikan panduan bagi peningkatan kualiti prestasi pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam aliran TVET sejajar dengan Dasar TVET Negara 2030 pada Teras 5 iaitu pembangunan modal insan dan ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam memastikan pasaran buruh yang cekap dan inklusif untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.
    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Miri,
    Jalan Permyjaya Utama,
    Bandar Baru Permyjaya
    98000 Miri, Sarawak

    No Tel : 085-660714