ANUGERAH PENGURUSAN LATIHAN TERBAIK ILKBS TAHUN 2025

    ANUGERAH PENGURUSAN LATIHAN TERBAIK ILKBS TAHUN 2025

    IKBN Naka terus mencatatkan pencapaian membanggakan apabila meraih kejayaan dalam Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Tahun 2025.

    IKBN Naka telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik ILKBS 2025 bagi kategori bidang monopoli Teknologi Pembuatan Makanan untuk kali yang ke-4.

    Majlis penyampaian anugerah yang amat berprestij ini telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, sempena Istiadat Konvokesyen ILKBS Ke-20 Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 20 dan 21 September 2025 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

    Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan komitmen berterusan IKBN Naka kearah memantapkan kualiti latihan bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk memenuhi kehendak industri masa kini.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga IKBN Naka.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.