Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Audit Pengawasan 1 Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang telah berlangsung pada 30 hingga 31 Mac 2026 telah berjaya dilaksanakan dan LULUS dengan jayanya.
Audit ini melibatkan penilaian menyeluruh terhadap pelaksanaan sistem pengurusan kualiti, termasuk aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan organisasi, serta pematuhan terhadap keperluan standard ISO 9001:2015.
Pihak audit yang diketuai oleh wakil SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah menjalankan semakan dokumentasi, pemerhatian proses serta temubual bersama pegawai dan kakitangan terlibat.
Sistem pengurusan kualiti IKBN Naka berada pada tahap yang baik
Proses kerja dilaksanakan dengan teratur dan berkesan
Komitmen warga kerja dalam mengekalkan standard kualiti adalah tinggi
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecemerlangan organisasi pada masa akan datang.
#weloveikbnnaka#TvetILKBS
