- Siti Habsah binti Zainol
- IKBN Naka
- Hits: 5
Peluang Kerjaya Menanti: IKBN Naka Terjangkau ke Sekolah Sempena Keputusan SPM
Cawangan Hubungan Industri Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka hari ini telah dijemput untuk mengadakan siri promosi di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang Kedah sempena hari pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para lepasan sekolah mengenai kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai laluan kerjaya yang menjamin masa depan. Sesi taklimat ringkas berkenaan bidang dan juga intitut ini telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Naka, Hj. Haiza Nizam b. Hj. Mohamad Hanif. Bagi pihak IKBN Naka kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar SPM Tahun 2025. Syabas & Tahniah.
*Pendaftaran bagi sesi pengambilan kini TELAH dibuka. Para pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh terus melayari portal rasmi di https://mohon.tvet.gov.my
