IKBN NAKA MENERIMA ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG

    IKBN NAKA MENERIMA ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG

    Kuala Lumpur, 11 Februari 2026. – Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan inisiatif Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama Kementerian Sumber Manusia dalam memperkukuh standard, kualiti dan daya saing institusi TVET di peringkat nasional.
    IKBN NAKA telah menerima pengiktirafan 5 bintang bagi bidang Pembuatan Makanan untuk program Pentadbiran Operasi Pengeluaran Makanan(C107-002-4:2017(ST) & C107-002-4:2017(MT)).
    IKBN Naka dihadiri oleh Pengarah IKBN Naka, Ts Ismawi bin Ismail bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, En. Mohd Nurul Fakri bin Rofiee dan wakil Jabatan Teknologi Pembuatan Makanan, En. Ahmad Bukhari bin Abdul Rahman.
    Pengiktirafan 5 Bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) merupakan tahap tertinggi penilaian kualiti pelaksanaan latihan kemahiran berasaskan TVET. Pencapaian ini menzahirkan keupayaan IKBN Naka dalam memenuhi piawaian nasional dari segi tadbir urus, penyampaian latihan, fasiliti, tenaga pengajar serta kebolehpasaran graduan.
    Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia.
    Tahniah Team Naka❤️

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.