Hari ini, Jabatan Teknologi Pembuatan Makanan IKBN Naka telah menerima kunjungan seramai 14 orang peserta dari syarikat Mondelez (M) Sdn. Bhd. bagi menjalani sesi akhir untuk Program Peningkatan Kemahiran PPT (Upskilling & Reskilling).
Fokus utama hari ini adalah perlaksanaan Modul Amali Pembuatan Makanan Sejuk Beku Sedia Dimasak (RTC). Para peserta didedahkan dengan teknik pemprosesan makanan yang memenuhi standard kualiti dan standard yang telah ditetapkan di dalam akta penyediaan makanan.
Majlis telah disempurnakan oleh En. Basri bin Bahari, Ketua Jurusan Jabatan Teknologi Pembuatan Makanan dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai simbolik kerjasama erat antara institusi dan industri.
Bagi pihak Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Naka, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan syarikat Mondelez (M) Sdn. Bhd. kerana memilih IKBN Naka! Semoga ilmu yang ditimba memberi impak besar kepada produktiviti syarikat.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
