Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih lima pingat dalam International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ICOMPEX) 2026.
Pencapaian tersebut melibatkan dua pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi projek-projek inovasi yang dipertandingkan.
Antara pencapaian yang diraih ialah:
* Serunding Mumbang Kelapa (JTPM)
* Smart Revertec Climate Trainer (JTE)
* Serbuk Nasi Ulam Utara (JTPM)
* Revorelay 4.0 (JTE)
* Biskut Kulit Pisang (JTPM)
Selain kejayaan pungutan pingat tersebut, projek Serunding Mumbang Kelapa turut berjaya menduduki tempat ketiga kelas I kategori Product & Services Marketing.
Kejayaan ini membuktikan komitmen dan kreativiti warga IKBN Naka dalam menghasilkan inovasi yang berimpak serta berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, penyelia, jurulatih serta seluruh warga IKBN Naka atas pencapaian membanggakan ini.
