PROGRAM JELAJAH KUASA ORANG MUDA 2026

    PROGRAM JELAJAH KUASA ORANG MUDA 2026

    Program Jelajah Kuasa Orang Muda anjuran Impact Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah berjaya dilaksanakan pada 23 Jun 2026 bertempat di Surau Al-Kausar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar IKBN Naka dan dijalankan dalam bentuk bengkel interaktif. Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai struktur Kerajaan Malaysia, peranan wakil rakyat serta kepentingan penglibatan sivik dalam pembangunan negara. Melalui sesi perkongsian ilmu, perbincangan berkumpulan dan aktiviti interaktif, para peserta didedahkan kepada kepentingan memahami sistem pentadbiran negara serta tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin. Program ini turut menggalakkan peserta berfikir secara kritikal, menyuarakan pandangan secara berhemah serta meningkatkan keyakinan diri dalam membuat keputusan yang bertanggungjawab. Sepanjang pelaksanaan program, para peserta memberikan kerjasama yang sangat baik dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap setiap aktiviti yang dijalankan. Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan generasi belia yang lebih berpengetahuan, berdaya saing, mempunyai semangat kepimpinan serta bersedia menjadi agen perubahan yang positif. Inisiatif seperti ini juga mampu memperkukuh kesedaran sivik dan menggalakkan penglibatan aktif belia dalam pembangunan masyarakat serta kemajuan negara.

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.