KURSUS JANGKA PENDEK SIRI 1/2026

    KURSUS JANGKA PENDEK SIRI 1/2026

    Naka, Kedah – Seramai 10 peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar telah menyertai Kursus Jangka Pendek Pembuatan Produk Makanan (Bun) yang diadakan di Bengkel Bakeri, Institut Kemahiran Belia Negara Naka. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam penghasilan produk bakeri khususnya pembuatan bun secara praktikal dan sistematik.
    Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mempelajari teknik penyediaan doh, proses fermentasi, pembentukan bun serta kaedah pembakaran yang betul bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan menarik. Peserta juga diberi penerangan berkaitan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan kaedah pembungkusan produk.
    Bagi melihat gambar program boleh tekan di link ini :- https://www.facebook.com/ikbnnaka
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.