- Siti Habsah binti Zainol
- IKBN Naka
- Hits: 5
SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP
“MENGGERAK BELIA” - SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP.
PADANG TERAP KEDAH, 11 MEI 2026 – Dengan Tema “MENGGERAK BELIA” - Pelaksanaan Sambutan Semarak Hari Belia Negara (HBN) Tahun 2026 Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan dengan jayanya pada 09 Mei 2026 (Sabtu) yang lau bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Lebih 600 orang peserta menghadiri Sambutan Semarak Hari Belia Negara (HBN) Tahun 2026 Peringkat Daerah Padang Terap.
Acara sambutan dimulai Larian Hari Belia Negara, pelepasan oleh Tuan Pengarah IKBN Naka bersama Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap.
Acara perasmian di dalam Dewan Gemilang IKBN Naka disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Hadir bersama En. Mohd Sallehudin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Tn. Ts. Ismawi bin Ismail, Pengarah IKBN Naka, En. Nasrulsafarin bin Ahmad, Penghulu Mukim Tekai Kanan/Kiri/Pedu.
Diadakan juga, Bacaan Ikrar Belia yang diketuai oleh Saudara Mohamad Zakuan bin Ahmad Salim, Ketua Penerangan MBD Padang Terap.
Selepas itu ditayangkan video ucapan HBN oleh YB. Menteri Belia & Sukan dan turut diadakan juga tayangan video Promosi HBN 2026 Peringkat Negeri Kedah.
Antara lain Pengisian Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat daerah Padang Terap adalah Jualan Rahmah Madani, Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Persembahan Silat, Mari Mencuba Memanah Tradisional, Senamrobik, Pertandingan E-Sport, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Cabutan Bertuah kepada semua pengunjung serta peserta yang hadir.
