Warga Institut Kemahiran Belia Negara Pekan telah menyahut seruan pelaksanaan Program Jom Baca 10 Minit Kebangsaan, sebuah kempen tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia (MPAM) bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Program ini mengajak warga untuk berhenti seketika daripada kesibukan harian dan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit membaca bahan pilihan masing-masing. Penyertaan warga IKBN Pekan mencerminkan komitmen berterusan dalam membudayakan amalan membaca sebagai jambatan penting dalam menimba ilmu pengetahuan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
