- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 25
Kunjungan Hormat IKBN Pekan Ke Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE)
Kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama strategik antara pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan bersama Asia Digital Engineering Sdn. Bhd. (ADE) pada hari ini.
Delegasi IKBN Pekan telah diwakili oleh Ts. Mohd Hakim bin Mohd Nasir (Ketua Cawangan Hubungan Industri); Encik Mohamad Fadzrin bin Mohamed (Ketua Bahagian Komposit); Encik Mohd Razali bin Omar (Ketua Bahagian Sheet Metal); dan Tc. Mohd Fozi Hafiz bin Hassan (Pegawai Cawangan Hubungan Industri)
Asia Digital Engineering (ADE) merupakan pemain utama dalam industri Maintenance, Repair, and Overhaul (MRO) penerbangan komersial. Dalam dunia penyelenggaraan pesawat moden, kemahiran membaik pulih struktur menggunakan bahan Composite dan Sheet Metal adalah nadi utama operasi mereka.
Di sinilah IKBN Pekan mengambil langkah proaktif mendepani cabaran industri! Sesi libat urus hari ini memfokuskan kepada beberapa agenda kritikal seperti, Penempatan Latihan Industri (OJT) bagi membuka laluan "tiket emas" buat pelajar IKBN Pekan mendapatkan pendedahan sebenar di hangar pesawat skala antarabangsa. Pemindahan Teknologi & Penjajaran Silibus bagi memastikan modul latihan di IKBN selari dengan standard piawaian penerbangan (Aviation Standards) terkini. Kebolehpasaran Graduan bagi merintis peluang pekerjaan premium buat bakal teknologis negara sebaik sahaja tamat pengajian.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
