Audit Persijilan EKSA DIY-KBS 2026

    Audit Persijilan EKSA DIY-KBS 2026

    Audit Persijilan EKSA DIY-KBS telah dilaksanakan dengan jayanya di IKBN Pekan melibatkan sesi penilaian terhadap pelaksanaan amalan EKSA, pengurusan persekitaran kerja kondusif, elemen kreativiti dan inovasi serta pembudayaan amalan hijau di institut ini.

    Audit ini telah dihadiri oleh barisan Auditor EKSA seperti berikut:
    Cik Nur Farhana binti Kamaruddin
    Puan Yushaida binti Yusoff
    Encik Rominor bin Ahmad
    Encik Ahmad Tirmidzi bin Hashim
    Encik Mohd Fitri bin Muhamad

    Pelaksanaan audit turut melibatkan enam (6) zon EKSA di IKBN Pekan iaitu:
    🔹 Zon Topaz
    🔹 Zon Garnet
    🔹 Zon Emerald
    🔹 Zon Ruby
    🔹 Zon Sapphire
    🔹 Zon Crystal

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua auditor serta warga kerja yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang sesi audit berlangsung.

    Semoga IKBN Pekan berjaya memperoleh Persijilan Amalan EKSA DIY-KBS dan terus cemerlang dalam membudayakan persekitaran kerja yang sistematik, kondusif, kreatif serta berdaya saing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.