- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 24
Promosi Sempena Eksplorasi Tvet Dan Industri Bagi Latihan Wira Muda Negara
IKBN Pekan telah menyertai Program Promosi sempena Eksplorasi TVET dan Industri bagi Latihan Wira Muda Negara Siri 2/2026, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang telah diadakan pada 26 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET serta laluan kerjaya dalam bidang industri. Penyertaan IKBN Pekan turut membuka ruang promosi program latihan kemahiran yang ditawarkan kepada para peserta dan pengunjung yang hadir.
Semoga program seumpama ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik antara institusi TVET dan agensi berkaitan dalam melahirkan generasi belia berkemahiran, kompeten dan berdaya saing selaras dengan aspirasi negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
