Bengkel Pemurnian Prosedur Kerja MS ISO 9001:2015 Tahun 2025

    Bengkel Pemurnian Prosedur Kerja MS ISO 9001:2015 Tahun 2025

    Bengkel Pemurnian Prosedur Kerja MS ISO 9001:2015 IKBN Pekan Tahun 2025 telah dianjurkan bertempat di Makmal Virtual Learning IKBN Pekan dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

    Bengkel ini bertujuan untuk menyemak, memperhalusi dan memurnikan prosedur kerja selaras dengan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015, bagi memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara lebih tersusun, konsisten dan berkesan.

    Bengkel ini telah disampaikan oleh Pegawai Kualiti MS ISO 9001:2015 IKBN Pekan, Puan Raja Nurul Hidayah binti Raja Ismail, dengan sokongan Pegawai Kawalan Dokumen & Rekod, En. Wan Hazimi bin Wan Abdullah. Sesi ini merangkumi penerangan terperinci, perbincangan serta semakan dokumen bagi memastikan semua prosedur kerja mematuhi kehendak standard dan keperluan dokumentasi yang ditetapkan.

    Diharapkan bengkel ini dapat memperkukuh pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di IKBN Pekan serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berkualiti.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.