Train & Place “Advance Aerospace Manufacturing Techniques”

    Train & Place “Advance Aerospace Manufacturing Techniques”

    IKBN Pekan dengan bangganya telah berjaya melaksanakan Program Train & Place “Advance Aerospace Manufacturing Techniques” di bawah Projek Anak Angkat IKBN Pekan-Industri 2025, dengan kerjasama industri rakan strategik 🏭 PT3 Aeroskills Centre
    📅 17 November 2025 – 12 Disember 2025
    👥 20 orang peserta

    Program intensif selama sebulan ini telah memberi pendedahan kepada peserta dalam modul berteraskan industri aeroangkasa secara teori, praktikal dan juga menjalani penilaian, merangkumi:
    ✈️ Aerospace Painting
    🔧 Mechanical Assembly
    🔍 Basic Non-Destructive Testing (NDT)

    Melalui komitmen industri dan prestasi cemerlang peserta, program ini telah berjaya menempatkan kesemua 20 peserta ke dalam sektor pekerjaan seperti berikut:
    ✅ 6 orang – Spirit AeroSystems
    ✅ 7 orang – SME Aerospace
    ✅ 7 orang – Pecca Aviation Services

    Pihak IKBN Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan industri atas sokongan padu serta tahniah kepada semua peserta atas kejayaan menempatkan diri dalam kerjaya berimpak tinggi dalam industri aeroangkasa negara.

    Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus melangkah maju dalam bidang teknikal dan vokasional.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.