- C W Nor Fasnillah binti C W Muhamud
- IKBN Pekan
- Hits: 117
Hari Kesihatan Mental Sedunia & Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Daerah Pekan 2025
Pekan – Program Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Daerah Pekan 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan. IKBN Pekan tidak ketinggalan menghantar penyertaan iaitu seramai 26 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring sebagai wakil institusi. Selain itu, program ini turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan.
Bertemakan “Akses Perkhidmatan : Kesihatan Mental Dalam Krisis dan Bencana” serta “Kaunseling Era Digital: Santuni Emosi, Sejahtera Insani”, sambutan ini memberi penekanan kepada kepentingan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam menghadapi cabaran dan tekanan hidup pasca krisis serta era digital yang kian mencabar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Norasmiza binti Abdul Manaf, Pengarah Hospital Daerah Pekan.
Penganjuran program seperti ini diharapkan mendapat sambutan dan kerjasama semua pihak bagi bersama2 membantu meningkatkan kesihatan mental rakyat di Malaysia hingga peringkat akar umbi.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
