Kursus Auditor Dalaman EKSA & MS ISO 9001:2015

    Kursus Auditor Dalaman EKSA & MS ISO 9001:2015

    Felda Residence Tekam, Jerantut, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan telah menganjurkan Kursus Auditor Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan MS ISO 9001:2015 bertempat di Felda Residence Tekam, Jerantut dari 27 hingga 29 Oktober 2025.

    Seramai 23 orang pegawai IKBN Pekan telah terlibat dalam kursus ini yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran warga kerja dalam melaksanakan audit dalaman berkaitan pelaksanaan EKSA serta Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 di peringkat institusi.

    Kursus ini memberi pendedahan mendalam tentang prinsip, kaedah dan tatacara pelaksanaan audit dalaman bagi memastikan budaya kerja yang lebih sistematik, efisien dan kondusif dapat diterapkan di semua bahagian dan jabatan.

    Penganjuran kursus ini juga merupakan langkah proaktif IKBN Pekan dalam memperkukuhkan amalan kualiti serta memastikan pelaksanaan EKSA dan ISO dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.

    Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini!


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.