Hebahan Radio IDEA,26 dan Jelajah TVET ILKBS Zon Pantai Timur 2026 Melalui Slot Tetamu Di Konti Radio Malaysia Pahang FM

    Hebahan Radio IDEA,26 dan Jelajah TVET ILKBS Zon Pantai Timur 2026 Melalui Slot Tetamu Di Konti Radio Malaysia Pahang FM

    Pengarah IKBN Pekan, Ts. Mohd Anuar bin Said serta Pengarah IKTBN Temerloh, Encik Azian bin Hussain hadir ke konti PAHANGfm bagi mempromosikan program Innovation Development Through Educational Activities 2026 (IDEA'26) dan Jelajah TVET ILKBS Zon Pantai Timur 2026 yang bakal membuka tirai penganjuran bermula 15 hingga 17 Ogos 2026 di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.

    Dalam segmen Zon Ape Weh bagi Slot Tetamu Di Konti yang dikendalikan oleh DJ Harun dan DJ Anna tersebut, kedua-dua pengarah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) itu mengalu-alukan kehadiran belia, ibu bapa dan masyarakat setempat bagi turut sama memeriahkan program berkenaan di samping mendapatkan info dan peluang bagi menyambung pengajian dalam bidang TVET secara percuma di enam buah ILKBS di Zon Pantai Timur.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.