Minggu Kesihatan Pergigian IKBN Pekan 2026 Tingkat Kesedaran Penjagaan Kesihatan Mulut

    Minggu Kesihatan Pergigian IKBN Pekan 2026 Tingkat Kesedaran Penjagaan Kesihatan Mulut

    PEKAN – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan telah menganjurkan Program Minggu Kesihatan Pergigian 2026 yang berlangsung selama lima hari, bermula 10 hingga 14 Ogos 2026 bertempat di Dewan Wawasan Belia, IKBN Pekan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Klinik Pergigian Chini, Pekan, Pahang dan melibatkan seramai 336 orang pelajar IKBN Pekan.

    Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta amalan kebersihan mulut yang baik. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan masalah dan penyakit pergigian serta kepentingan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian secara berkala.

    Pelaksanaan program ini juga bertujuan membudayakan amalan penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan pelajar melalui pengetahuan dan kesedaran yang diberikan. Pendedahan seperti ini penting bagi memastikan golongan pelajar sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan diri, khususnya aspek kesihatan pergigian yang boleh mempengaruhi kesejahteraan dan kualiti kehidupan seharian.

    Secara keseluruhannya, Minggu Kesihatan Pergigian IKBN Pekan 2026 telah menjadi satu inisiatif yang bermanfaat dalam meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan gigi serta mulut. Kerjasama antara IKBN Pekan dan Klinik Pergigian Chini diharapkan dapat terus diperkukuh melalui pelaksanaan program-program kesihatan yang memberi manfaat kepada warga IKBN Pekan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.