IKBN Pekan Gegar Festival Belia Pahang 2026

    IKBN Pekan Gegar Festival Belia Pahang 2026

    Fuh, memang meriah sungguh sambutan dan aura belia Pahang hujung minggu lepas!

    Sepanjang 3 hari bermula 10 hingga 12 Julai 2026, team IKBN Pekan telah berkampung di Kompleks Belia & Sukan Negeri Pahang bersempena dengan pameran Festival Belia Pahang 2026.

    Pelbagai perkongsian dan info menarik telah kami bawakan khas untuk pengunjung yang singgah ke booth IKBN Pekan, antaranya:
    ✅ Konsultasi hala tuju kerjaya dalam bidang kemahiran (TVET)
    ✅ Pameran inovasi dan hasil kerja teknikal
    ✅ Info terperinci mengenai kursus-kursus yang ditawarkan
    ✅ Syarat-syarat dan cara kemasukan ke IKBN Pekan

    Terima kasih yang tak terhingga kepada semua belia, ibu bapa, dan warga Pahang yang sudi singgah, beramah mesra, dan memeriahkan booth kami. Sokongan anda semua memang luar biasa!

    Buat anda yang terlepas peluang untuk berjumpa kami di sana, jangan risau! Anda sentiasa dialu-alukan untuk PM kami di Inbox atau hubungi kami terus untuk sebarang pertanyaan tentang peluang menyambung pengajian di IKBN Pekan.

    Teruskan menyokong kami dan nantikan ke mana pula destinasi team IKBN Pekan selepas ini!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.