Syabas dan tahniah kepada team IKBN Pekan kerana berjaya mengadakan Pertandingan ROFA Robotics Competition (RiCOM) 2026 sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang. Dalam RiCOM 2026 terdapat 2 kategori terbuka dipertandingkan iaitu Sumo Robot 500 gram RC dan Sumo Robot 1 kg RC. Seramai 134 pasukan dari Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka telah bertempur bagi merebut Kejuaraaan. Bagi kategori Sumo Robot 500 gram RC telah diadakan pada 11 Julai 2026 (Sabtu) seramai 80 pasukan terlibat. Manakala bagi kategori Sumo Robot 1 kg RC, 12 Julai 2026 (Ahad) sebanyak 54 pasukan terlibat. Berikut keputusan RiCOM 2026
Kategori Sumo Robot 500 gram RC
Champion - Codetronic Alpha, Syarikat Codetronic, Selangor
1st Runner Up - Codetronic Bravo, Syarikat Codetronic, Selangor
2nd Runner Up - Spian Robotic 6, SMK Seri Pekan,Pahang
3rd Runner Up - Spian Robotic 1, SMK Seri Pekan, Pahang
Kategori Sumo Robot 1 kilogram RC
Champion - Narsqbot_Sega, SMK Seri GadingJohor
1st Runner Up - TMT Robotic, SK Maulana, Pahang
2nd Runner Up - SMAAMBOTZ, SMA Almaarif, Pahang
3rd Runner Up - Teruntum D, SK Teruntum, Pahang
link scoreboard; https://ricom.my.canva.site/
Sepanjang 3 hari bermula 10 hingga 12 Julai 2026, team IKBN Pekan berkampung di Kompleks Belia & Sukan Negeri Pahang (KOMBES) bekerja keras bagi menjayakan RiCOM 2026 bersempena dengan pameran Festival Belia Negara Peringkat Negeri Pahang.
Tahniah dan Syabas Team IKBN Pekan
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
