Karnival Ekspresi Bakat IKBN Pekan Tahun 2026

    Karnival Ekspresi Bakat IKBN Pekan Tahun 2026

    Karnival Ekspresi Bakat IKBN Pekan Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan seramai 263 orang pelajar IKBN Pekan.

    Program yang berlangsung sepanjang hari ini berjaya menghimpunkan para pelajar dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang bertujuan mencungkil bakat, meningkatkan keyakinan diri, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IKBN Pekan.

    Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan antaranya IKBN Pekan Idol (Video Klip), Nasyid, Scrabble, Sport Challenge (Jigsaw Puzzle, Zigzag Run, Shooting Handball, Push-Up Challenge dan Water Relay). Setiap aktiviti mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.

    Karnival ini bukan sahaja menjadi platform untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti pelajar, malah turut memupuk nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan, disiplin serta semangat daya saing yang sihat.

    Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Urusetia dan Juri serta semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan Karnival Ekspresi Bakat IKBN Pekan Tahun 2026.

    Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta atas semangat serta komitmen yang telah ditunjukkan. Semoga program seperti ini akan terus menjadi medium dalam melahirkan pelajar TVET yang cemerlang, berdaya saing dan seimbang dari aspek sahsiah, bakat serta kepimpinan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.