Kunjungan Hormat, Taklimat Kerjaya & Temuduga Terbuka; Best Eternity Recycle Technology Sdn Bhd

    Kunjungan Hormat, Taklimat Kerjaya & Temuduga Terbuka; Best Eternity Recycle Technology Sdn Bhd

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan telah menerima kunjungan delegasi daripada Best Eternity Recycle Technology Sdn. Bhd. dalam satu program yang merangkumi Kunjungan Hormat, Taklimat Kerjaya serta Temuduga Terbuka yang berlangsung dengan jayanya.

    Program dimulakan dengan sesi perjumpaan bersama pihak Pengurusan IKBN Pekan serta staf Jabatan Mekanikal (JM), diikuti dengan taklimat kerjaya kepada pelajar semester akhir Jabatan Mekanikal. Sesi ini memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai keperluan industri serta peluang kerjaya yang ditawarkan.

    Program diteruskan dengan sesi Temuduga Terbuka yang diadakan di Perpustakaan, memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalani proses temuduga secara terus bersama pihak majikan.

    Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara pihak institusi dan industri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.