- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 15
Taklimat Kepada Pegawai Pemantau Perlaksanaan Latihan Industri IKBN Pekan 2026 Siri 1
Taklimat kepada Pegawai Pemantau Pelaksanaan Latihan Industri IKBN Pekan Siri 1 telah dijalankan pada 17 April 2026 bertempat di Perpustakaan IKBN Pekan. Program ini telah dianjurkan oleh Cawangan Hubungan Industri (CHI) sebagai inisiatif menyelaras pelaksanaan latihan industri bagi tahun 2026.
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan berkaitan garis panduan, prosedur pemantauan serta peranan dan tanggungjawab pegawai sepanjang tempoh latihan industri. Penekanan turut diberikan kepada aspek pemantauan yang berkesan, komunikasi bersama pihak industri serta pematuhan kepada keperluan kurikulum dan keselamatan pelajar.
Diharapkan agar pelaksanaan latihan industri pada tahun ini berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
