Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI

    Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan telah menyertai Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI yang berlangsung di Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). Penyertaan ini telah diiringi oleh pegawai, En. Amirul Irfan bin Zulkarnin.

    Kursus ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme, jati diri serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep Malaysia MADANI. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian seperti ceramah kenegaraan, aktiviti berkumpulan, serta latihan pembinaan sahsiah diri.

    Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan impak yang positif kepada para pelajar IKBN Pekan dalam membentuk sikap kepimpinan, disiplin serta semangat cintakan negara.

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.