Program Pembangunan Kurikulum Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat

    Program Pembangunan Kurikulum Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat

    IKBN Pekan telah melaksanakan Program Pembangunan Kurikulum Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat di bawah Projek Anak Angkat IKBN Pekan – Industri Tahun 2026 dengan jayanya.

    Program ini melibatkan tenaga pengajar pakar Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat bagi memperkukuh pembangunan kurikulum selaras dengan keperluan industri semasa, khususnya dalam bidang pembaikan struktur pesawat.
    🎯 Objektif Program:
    ✅ Penyelarasan pembangunan kurikulum dan Alat Bantuan Mengajar (ABM) bagi Aircraft Thermoplastic Repair serta Modul Umum Teknikal
    ✅ Pemurnian dan pengesahan soalan Pusat Penilaian Amali - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA–PPT) Tahap 3

    Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti penyampaian latihan TVET di IKBN Pekan, seterusnya melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan memenuhi kehendak industri penerbangan.

    Komitmen berterusan IKBN Pekan dalam memperkasa kurikulum memastikan graduan sentiasa relevan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.