- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 36
Lawatan Industri Pelajar Bahagian Komposit Ke G7 Aerospace Melaka
MELAKA - Seramai 25 orang pelajar IKBN Pekan telah mengadakan lawatan industri ke G7 Aerospace Melaka hari ini.
Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Komposit, Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat Encik Muhamad Fadzrin Mohamed, serta diiringi oleh 3 orang pengajar. Ketibaan rombongan telah disambut oleh pihak pengurusan G7 Aerospace.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan dan operasi yang disampaikan oleh Encik Nazrul Hisham Nawi, Head of Melaka Operation Facility. Para pelajar turut diberi pendedahan secara langsung berkenaan fasiliti, teknologi terkini, serta amalan kerja industri aeroangkasa.
Pihak IKBN Pekan berharap agar lawatan ini dapat memantapkan lagi pengetahuan praktikal para pelajar, di samping membuka ruang kerjasama yang lebih erat dan strategik bersama pihak G7 Aerospace pada masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
