Lawatan Pendedahan Industri Pelajar Bahagian Sheet Metal ke Skyways Technics Asia

    Lawatan Pendedahan Industri Pelajar Bahagian Sheet Metal ke Skyways Technics Asia

    ​SUBANG - Seramai 20 orang pelajar bahagian Sheet Metal Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat, IKBN Pekan telah mengadakan lawatan industri ke Skyways Technics Asia hari ini. Rombongan tersebut diiringi oleh 2 orang pengajar dan ketibaan rombongan telah disambut oleh pihak pengurusan Skyways Technics Asia.

    Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan dan operasi serta keselamatan yang disampaikan oleh Encik Amir, Training Coordinator. Para pelajar turut diberi pendedahan secara langsung berkenaan fasiliti, teknologi terkini, serta amalan kerja industri aeroangkasa.

    ​Pihak IKBN Pekan berharap agar lawatan ini dapat memantapkan lagi pengetahuan para pelajar dengan pengalaman pendedahan industri serta mengukuhkan lagi jaringan kolaborasi bersama Skyways Technics Asia.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.