- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 26
Lawatan Perkongsian Kemahiran dan Potensi Kerjasama Daripada TVETMARA Kuala Lumpur
PEKAN – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan hari ini telah menerima kunjungan lawatan perkongsian kemahiran dan potensi kerjasama daripada TVETMARA Kuala Lumpur.
Sesi lawatan perkongsian ini dipengerusikan oleh Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam (TPPL),En. Mohd Fathi Kamal bin Mohd Mabror (KJPSP),En. Azrizal bin Ab.Halim (KBSM), bersama 5 orang pengajar bidang Sheet Metal Repair dan Tc Mohd Fozi Hafiz bin Hassan (wakil CHI).
Manakala kunjungan dari pihak TVETMARA Kuala Lumpur terdiri daripada En. Ahmad Marzuki bin Mahat (TP Hal Ehwal Akademik), En. Mohd Azri bin Zainal Abidin (Ketua Program DSR) serta 3 orang pensyarah DSR.
Antara fokus utama sesi perkongsian ini meliputi:
- Perbincangan permasalahan isu bahan guna habis daripada pembekal kepada pihak institut.
- Masalah memenuhi keperluan pihak industri untuk pelajar latihan industri (LI) atau pekerjaan di industri.
- Perbincangan penyelarasan bersama dalam Kursus (PPK) untuk tenaga pengajar serta perkongsian kepakaran dalam bidang.
Pihak pengurusan IKBN Pekan menzahirkan komitmen penuh untuk berkerjasama dengan mana-mana institut dalam bidang yang sama bagi menjamin kualiti latihan kemahiran dan pelajar di institut menepati keperluan semasa indsutri penerbangan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
