- Dzulkifli Bujang
- IKBN Pekan
- Hits: 69
Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET 2025 Ke IKBN Pekan
IKBN Pekan telah menerima lawatan verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET 2025 oleh panel penilai profesional pada 27 hingga 29 Ogos 2025. Lawatan ini dihadiri oleh 3 orang penilai:



Lawatan ini bertujuan untuk mengesahkan dan mengukuhkan hasil penilaian kendiri yang telah dilaksanakan oleh pihak institut sebelum ini. Penilaian yang dijalankan merangkumi semakan dokumentasi serta pemerhatian terhadap pelaksanaan latihan secara langsung di bengkel. Segala bukti dan data dikumpulkan bagi menyokong pencapaian serta keberkesanan program latihan yang ditawarkan di IKBN Pekan.
Komitmen warga IKBN Pekan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran TVET yang berkualiti terus diperkasa selaras dengan hasrat negara dalam memperkukuh pendidikan dan latihan kemahiran teknikal.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul