- Dzulkifli Bujang
- IKBN Pekan
- Hits: 72
Kontinjen Ikbn Pekan Sertai Perbarisan Dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Tahun 2025
31 Ogos 2025 | Dataran Pekan, Pahang
Seramai 40 orang pelajar IKBN Pekan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Tahun 2025 Peringkat Daerah Pekan yang berlangsung meriah di Dataran Pekan, Pahang hari ini.
Penyertaan ini bukan sahaja membuktikan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar, malah turut memperlihatkan disiplin, kerjasama dan komitmen yang jitu dalam menjayakan acara kebangsaan yang penuh bermakna ini. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat serta jurulatih yang membimbing. Kontinjen IKBN Pekan mengungguli Johan bagi kategori IPTA/IPTS. Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam sanubari generasi muda.