Surau Ar-Raudhah IKBN Pekan telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin sempena Malam Nisfu Syaaban. Program yang berlangsung selepas solat Maghrib itu dihadiri oleh para pelajar & kakitangan institut.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali secara berjemaah, diikuti dengan doa-doa khusus memohon keampunan, kesejahteraan hidup serta keberkatan ilmu.
Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk nilai kerohanian, mengeratkan ukhuwah serta menyemai budaya cinta kepada amalan keagamaan dalam kalangan warga institut.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
