Majlis Penutup Minggu Paradigma Sesi 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan IKBN Pekan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Tuan Nor Azli bin Mohamad Daud yang turut menyampaikan amanat serta pesanan kepada para pelajar baharu agar sentiasa berdisiplin, bersemangat dan komited dalam menempuh alam pengajian serta kehidupan di kampus.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah IKBN Pekan, Tuan Mohd Anuar bin Said, barisan Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian, Pegawai Unit Hal Ehwal Pelajar, para Pengajar, Fasilitator Paradigma serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Sepanjang Minggu Paradigma ini, para pelajar baharu telah didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat merangkumi sesi pengenalan, pembinaan sahsiah, taklimat akademik serta pengisian kerohanian. Kesemua aktiviti ini dirangka khusus bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya pembelajaran di IKBN Pekan.
Diharapkan segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang Minggu Paradigma ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk melangkah maju sebagai warga IKBN Pekan yang cemerlang, berdaya saing dan berintegriti.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
