MoU ANTARA IKBN PEKAN DAN SKYWAYS TECHNICS ASIA SDN BHD

    MoU ANTARA IKBN PEKAN DAN SKYWAYS TECHNICS ASIA SDN BHD

     
    KUALA LUMPUR, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan hari ini meneruskan komitmen strategik bersama Skyways Technics Asia Sdn Bhd melalui Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Selangor Aerospace Summit (SAS) 2025 bersempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2025 yang berlangsung di Level 3, Grand Ballroom, East Wing, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

    Majlis ini merupakan sambungan kepada MoU sedia ada yang akan tamat pada bulan Oktober ini, sebagai tanda kesepakatan berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penyelenggaraan dan pembuatan struktur pesawat.

    Pemeteraian kerjasama yang disaksikan oleh Ybrs. Puan Dalila Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan ini terus membuka ruang lebih luas dalam pembangunan kemahiran pelajar serta peluang latihan industri di sektor aeroangkasa negara.

    Bagi pihak Skyways Technics Asia Sdn Bhd, MoU telah ditandatangani oleh:

    Encik Mogens A. Nielsen, Chief Operating Officer (Penandatangan)
    Encik Abdul Hadi Ammar bin Ramzan, Accountable Manager – APAC (Saksi)
    Manakala bagi pihak IKBN Pekan, MoU ditandatangani oleh:
    Ts. Mohd Anuar bin Said, Pengarah IKBN Pekan (Penandatangan)
    Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) (Saksi)

    Sambungan MoU ini menjadi bukti kukuh kepada komitmen IKBN Pekan dalam memperkasa hubungan strategik di antara ILKBS bersama industri, bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan berkemahiran tinggi dalam bidang aeroangkasa negara.

    Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), barisan pengurusan Skyways Technics Asia Sdn Bhd serta pengurusan dan tenaga pengajar IKBN Pekan.

    Ybrs. Puan Pengarah Kemahiran turut diiringi melawat ke reruai rakan-rakan kerjasama strategik IKBN Pekan antaranya PT3 Aeroskills Centre, Malaysia Aviation Group (MAG) dan Base Maintenance Malaysia (BMM).


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.