- C W Nor Fasnillah binti C W Muhamud
- IKBN Pekan
- Hits: 92
PERHIMPUNAN BULANAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR-OKTOBER 2025
Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Pekan bagi bulan Oktober 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Program dilaksanakan di Padang Kawad IKBN Pekan telah bermula seawal jam 7.30 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang diikuti dengan bacaan doa dan seterusnya lafaz ikrar pelajar.
Perhimpunan kali ini turut diserikan dengan kehadiran Ts Mohd Anuar bin Said, Pengarah IKBN Pekan serta Ts Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan.
En Mohd Safik bin Saprawi, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar menekankan tentang kepentingan pengurusan masa, disiplin dan etika sebagai pelajar yang cemerlang. Beliau turut memaklumkan tentang pelaksanaan program Karnival Kesenian Islam TVET Rakan Muda Zon Pantai Timur yang bakal berlangsung pada awal November 2025 nanti.
Di akhir kata, beliau sekali lagi mengingatkan agar semua pelajar sentiasa menjaga keselamatan diri terutama apabila menjelang cuti pertengahan semester pada minggu hadapan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
