Malaysia Youth Robotics Competition (MyRobotic) 2026

    Malaysia Youth Robotics Competition (MyRobotic) 2026

    IKBN Pekan telah menganjurkan Malaysia Youth Robotics Competition (MyRobotic) 2026 kategori terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah dan komuniti setempat sebagai inisiatif merakyatkan teknologi dan sains kepada para belia muda dan juga sebagai promosi IKBN Pekan sebagai Hub Latihan Kemahiran / TVET di Pantai Timur.

    Malaysia Youth Robotics Competition (MyRobotic 2026) telah berjaya menghimpunkan 86 pasukan dari pelbagai institusi dan sekolah dari Negeri Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor dalam semangat inovasi, kreativiti serta kecemerlangan dalam bidang robotik.ย Pertandingan ini membuka peluang untuk mencukil bakat-bakat muda dan menambah minat kepada para peserta serta hadirin dikalangan pelajar-pelajar sekolah tentang kemahiran kendalian robot dan teknologi robotik.

    Sebanyak 2 kategori Terbuka telah dipertandingkan:
    ๐Ÿ”น Sumo Robot 500g RC โ€“ 48 pasukan
    ๐Ÿ”น Sumo Robot 1kg RC โ€“ 38 pasukan

    ๐Ÿ… Keputusan Rasmi MyRobotic 2026
    ๐Ÿค– Kategori Sumo Robot 500g RC
    ๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ PNC ROBOTICS dari sekolah/kelab
    ๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ AZ BERLIN dari sekolah/kelab
    ๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ CODETRONICS ALPHA dari sekolah/kelab
    ๐Ÿ… Tempat Keempat โ€“ SKSA 4 dari sekolah/kelab

    ๐Ÿค– Kategori Sumo Robot 1kg RC
    ๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ CODETRONICS MEDUSA dari sekolah/kelab
    ๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ SMAAM BOLTZ dari sekolah/kelab
    ๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ TERUNTUM WARRIOR D dari sekolah/kelab
    ๐Ÿ… Tempat Keempat โ€“ SERGAM 2 dari sekolah/kelab

    Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, guru, ibu bapa, urus setia serta rakan strategik yang telah menjayakan penganjuran MyRobotic 2026. Semoga pertandingan ini terus menjadi platform melahirkan bakat muda yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 serta era teknologi AI masa hadapan.

    Bersama Memperkasa Kualiti, Melonjak Kecemerlangan ILKBS
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekanย 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan,ย 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel ย : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email ย  ย : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.