- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 45
40 Belia Sertai Kursus Pengenalan Drone di Jabatan Pesawat IKBN Pekan
Seramai 40 orang belia daripada program Train & Place Aerospace Advanced Manufacturing Technique telah menyertai Kursus Pengenalan Drone yang dianjurkan oleh Jabatan Pesawat hari ini. Kursus yang berlangsung di Bengkel Jabatan Pesawat ini dikendalikan oleh Encik Noryamin dan Encik Mohd Syahmi.
Para peserta didedahkan kepada teori asas, undang-undang keselamatan, serta latihan praktikal pengendalian drone. Program ini bertujuan melengkapkan golongan belia dengan kemahiran teknologi UAV bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri moden.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
