Mesyuarat Agung Kali Pertama Jawatankuasa Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Surau Ar-RaudhaH IKBN Pekan

    Mesyuarat Agung Kali Pertama Jawatankuasa Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Surau Ar-RaudhaH IKBN Pekan

    IKBN Pekan telah melaksanakan Mesyuarat Agung Kali Pertama Jawatankuasa Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Surau Ar-Raudhah IKBN Pekan, Pahang Tahun 2026 yang julung kali diadakan, melibatkan penerangan status Surau Kebenaran Jumaat Surau Ar-Raudhah, pembentangan aktiviti dan kewangan (2023 - 2026), kelulusan Garis Panduan Pengurusan Surau Kebenaran Jumaat Surau Ar-Raudhah Versi 1.0 (2026) serta pemilihan dan pelantikan Jawatankuasa Pengurusan Surau bagi sesi 2027–2029.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Surau terdahulu atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan dalam mengurus serta mengimarahkan Surau Ar-Raudhah sepanjang tempoh perkhidmatan.

    Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Jawatankuasa Pengurusan Surau yang baharu dilantik bagi sesi 2027–2029. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan semangat kebersamaan demi memperkukuh pengurusan serta pengimarahan Surau Ar-Raudhah IKBN Pekan.

    💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
    🏆 ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.