- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 46
Majlis Menandatangani MoU Antara IKBN Pekan & SN Aviation Services Sdn. Bhd.
Hari ini telah melakar satu lagi sejarah buat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan apabila satu jalinan kerjasama strategik bersama SM Aviation Services Sdn Bhd telah selamat dimeterai dengan jayanya.
Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah ditandatangani oleh Yang Berusaha Ts. Haji Mohd Anuar bin Said, Pengarah IKBN Pekan dan Yang Berusaha Encik Sumali bin Mukri, Pengarah Urusan (Managing Director) SM Aviation Services Sdn Bhd.
Sesi pemeteraian dokumen yang cukup bermakna ini turut disaksikan oleh Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) IKBN Pekan, bersama Encik Rohaizat bin Abd Rahman, Pengurus Projek SM Aviation Services.
Apa impak MoU ini?
Kolaborasi ini merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan pendidikan TVET, sekaligus merapatkan jurang antara institusi latihan dan industri sebenar. Melalui persefahaman ini, para pelajar IKBN Pekan bakal meraih kelebihan seperti:
Pihak IKBN Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh delegasi SM Aviation Services Sdn Bhd atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan.
Tahniah kepada semua yang terlibat! Semoga ikatan jalinan industri ini akan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan yang cemerlang dan berdaya saing di persada antarabangsa.
