- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 26
Pelajar IKBN Pekan Julang Gelaran Juara Di Flyte MRO Challenge 2026
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam bidang aeroangkasa apabila pelajarnya (Muhamad Najib bin Ali) dinobatkan sebagai Juara (Winner) bagi kategori Sheet Metal dalam cabaran berprestij Flyte MRO Challenge 2026 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini.
Kejayaan manis ini meletakkan nama IKBN Pekan sebaris dengan institusi latihan penerbangan terbaik di Malaysia, sekali gus membuktikan kualiti latihan dan kemahiran tinggi yang dimiliki oleh para pelajar mereka dalam bidang Penyelenggaraan, Pembaikan, dan Overhaul (MRO) pesawat.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
