Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) dan Sesi Pembentangan/Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir bertempat di IKBN Pekan.
Sesi semakan Soalan Peperiksaan diadakan bagi mendapatkan ulasan, komen, dan pengesahan daripada ahli TAC berkaitan penggubalan soalan peperiksaan akhir demi memastikan ia menguji kompetensi sebenar pelajar.
Mesyuarat TAC ini merupakan platform penting dalam memastikan silibus, penilaian, dan hala tuju latihan kemahiran di IKBN Pekan sentiasa relevan, berkualiti, dan memenuhi standard industri semasa.
Penghargaan Kepada Panel Industri (TAC)
Pihak pengurusan IKBN Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan panel TAC yang hadir memberikan sumbang saran, nasihat, serta perkongsian kepakaran:
En. Abdul Rahman bin Ahmad – TAC Pemasangan Paip Gas
En. Ahmad Fadzil bin Mokhtar – TAC Sheet Metal
En. Khairil Hisham bin Abd Rahman – TAC Fabrikasi Vessel
En. Muhammad Nurhafiszal bin Ahmad Yob – TAC Composite
Semoga sinergi antara IKBN Pekan dan pihak industri ini terus utuh demi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi (TVET) yang holistik!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
