Bengkel Komposit IKBN Pekan hari ini telah menganjurkan Kursus Asas Basic Composite yang dikendalikan oleh En. Suhaimi Sidek melibatkan penyertaan aktif daripada para pelajar.
Apa yang menarik, kursus kali ini memberi tumpuan kepada aspek kelestarian dan kreativiti. Alih-alih menggunakan bahan baharu, para peserta diajar mengitar semula bahan scrap (sisa) komposit untuk dijadikan produk bernilai tinggi.
Objektif kami bukan sekadar mengajar teknikal, tetapi memupuk jiwa 'upcycling' dalam diri pelajar. Bahan sisa jika kena gayanya, boleh jadi punca pendapatan," ujar tenaga pengajar bengkel.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
