Pertandingan Kreativiti Dan Inovasi (CITEC) 2026

    Pertandingan Kreativiti Dan Inovasi (CITEC) 2026

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen IKBN Pekan atas pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2026 yang telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Taiping, Perak.

    Dalam pertandingan berprestij ini, IKBN Pekan telah menghantar 6 projek inovasi di bawah Kategori Titanium (IPT / Institut Latihan Kemahiran - ILK; Pelajar sahaja).
    🏅 Pencapaian yang membanggakan:
    🥇 3 Pingat Emas
    🥈 3 Pingat Perak

    Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi para pelajar dan tenaga pengajar IKBN Pekan dalam membudayakan inovasi, kreativiti serta kecemerlangan dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional.

    Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang pada masa akan datang.

    Syabas & Tahniah Kontinjen IKBN Pekan!

     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.