- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 12
Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Pekan 2025/2026
Alhamdulillah, IKBN Pekan telah berjaya melaksanakan Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2025/2026 pada hari ini dengan lancar dan telus. Proses pengundian ini mendapat sambutan serta penyertaan aktif daripada para pelajar, sekali gus mencerminkan semangat kepimpinan dan keprihatinan terhadap pembangunan institusi.
Pengundian ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memilih wakil yang berwibawa, berintegriti dan berkeupayaan menyuarakan aspirasi pelajar kepada pihak pengurusan IKBN Pekan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar serta jawatankuasa pelaksana atas komitmen dan kerjasama yang padu. Tahniah kepada barisan MPP yang terpilih — semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh tanggungjawab demi memperkukuh kepimpinan dan sahsiah pelajar IKBN Pekan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
