Taklimat Bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

    Taklimat Bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

    IKBN Pekan telah berjaya menganjurkan Program Taklimat Bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang melibatkan penyertaan pelajar semester akhir dari Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat serta pegawai berkaitan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian, laluan kerjaya serta kerjasama strategik antara IKBN Pekan dan UniKL.

    Sepanjang sesi taklimat, para pelajar telah didedahkan dengan maklumat berkaitan:
    ✅ Program akademik dan teknikal yang ditawarkan oleh UniKL
    ✅ Laluan kesinambungan pengajian lepasan TVET
    ✅ Peluang kerjaya dan keperluan industri semasa
    ✅ Perkongsian pengalaman serta sesi soal jawab bersama wakil UniKL

    Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar, yang jelas menunjukkan minat dan komitmen mereka untuk merancang masa depan dalam bidang kemahiran dan teknologi.

    Pihak IKBN Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada wakil Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atas kesudian berkongsi ilmu serta memperkukuh hubungan kolaborasi strategik antara institusi TVET dan institusi pengajian tinggi.

    Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri.
    Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:


    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.